Home

Majlis Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Kali Ke-30

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA Ke-30 akan diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Iistiadat tersebut yang terdiri daripada pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap dan pengurniaan hadiah kepada pegawai kadet terbaik daripada setiap IPTA akan berlangsung pada 9 Julai 2011 .

Sebanyak 14 buah IPTA yang mempunyai pasukan PALAPES akan berkumpul di UTHM bermula 27 Jun 2011 sehingga 10 Julai 2011.